Cerita Ahad lepas, ke Bukit Tirig ke kita?
Minat hiking + ada di Sabah. Mari kita explore tempat2 best di sini dengan pemandangan yang Masha Allah!
Perjalanan ke Bukit Tirig kali ni lebih kepada main redah saja, just tengok orang pos cara mau sampai sana through fb. Then , we just follow the flow :)
Photo credits to facebook
Dipendekkan cerita, kami ikut Jalan Rugading pastu masuk sebelah kiri untuk ke Kg Lapasan. Lepas tu jalan terus sampai jumpa bustop putih. Masuk Lorong Michel Gindou pastu jumpa pokok kelapa (diatas) then park kereta di mana2 tempat yang sesuai.
Sebenarnya kami x tahu langsung jalan masuk ke Bukit Tirig. Tapi alhamdulillah rezeki , kami terjumpa dengan seseorang yang tengah membonceng motosikal yang kebetulan mahu keluar dari Lorong Michel Gindou. So dia pon lead kami, tolong tunjukkan jalan sampai ke puncak! Kebetulan masa tu ada rombongan lain juga yang mahu naik ke atas. So, otw ke atas tidaklah se'crowded' macam di Bukit Perahu.
Jalan masuk tu agak complicated sikit bagi yang first time datang. Nasihat saya bagi yang main redah ja datang, better bawa kawan yang sudah familiar dengan tempat ni. Sebab jalan masuk ke Bukit Tirig ni dalam kawasan tanah orang ><. Takut-takut kita tersalah pijak tanah orang pula. Plus kawasan tu banyak anjing!
Kami start jalan dari tempat parking dalam pukul 8.00 pagi..sampai ke puncak dalam 8.20 pagi - 8.30 pagi
\
Jalan dia tidaklah se - adventure Bukit Perahu. Ada hutan sikit2. So memang sesuai sangat bawa anak-anak kecil jalan2.
almost there
Yeay sampai!
Kalau mau ambik wedding photoshoot, graduation photoshoot.. memang sesuai sangat2 lah buat disini :)
Hiking with family is the best.
Belanja selfie sikitt
For the next trip, we plan to watch sunrise in here. How cool is that?
So this is my Bukit Tirig story. What is yours?
Ciao Bella. Assalamualaykum.
P/S Bila cek FB balik, baru perasan, orang yang baik hati tolong tunjukkan jalan untuk kami tu adalah Mr. Gary Revgray (nama fb) . Dialah yang post dekat fb macamana cara untuk naik ke Bukit Tirig. Thank you sooo much Mr, Gary Revgray!